My Add

Saturday 28 January 2012

Jawatankuasa Disiplin UMNO timbang tambah pemantau

MUAR, SABTU, 28 Januari, 2012: Jawatankuasa Disiplin UMNO menimbang kemungkinan menambah bilangan anggotanya bagi membolehkan ia menubuhkan lebih banyak pasukan pemantau untuk menangani masalah disiplin, termasuk tindakan ahli-ahli mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengenai perkara itu.

"Saya akan berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Disiplin tentang sama ada kita menambah ahli lembaga kerana adalah agak sukar untuk kita melakukan pemantauan dengan hanya satu pasukan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin menimbang kemungkinan menambah keanggotaannya dengan melantik di kalangan anggota-anggota veteran UMNO yang mempunyai masa.

Semalam, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan digerakkan awal bagi memantau dan bertindak terhadap anggota parti yang melakukan perbuatan khianat terhadap parti. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment