My Add

Saturday 28 January 2012

RM1b untuk tingkat penglibatan usahawan bumiputera

ALOR GAJAH, SABTU, 28 Januari, 2012: Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun ini bagi membangun serta meningkatkan penglibatan dan ekuiti usahawan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, pada masa ini, terdapat kira-kira 800,000 syarikat kecil dan sederhana di negara ini, tetapi hanya 200,00 daripada jumlah itu dimiliki oleh bumiputera.

"Daripada jumlah 200,000 itu, 88 peratus merupakan syarikat kecil dan mikro yang menghasilkan pendapatan kurang daripada RM250,000 setahun.

"Senario ini jelas menunjukkan terdapat jurang perbezaan ketara penglibatan usahawan bumiputera berbanding kaum lain dan usaha lebih gigih perlu dilakukan bagi mengecilkan jurang itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 Peringkat Negeri Melaka di sini, hari ini.

Mengenai penganjuran karnival itu, Mohd Shafie berkata, ia merupakan satu program transformasi ekonomi bertujuan memantapkan lonjakan pertumbuhan ekonomi yang kukuh berdasarkan prinsip ”rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Beliau berkata, program itu secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada usahawan bumiputera mempamer dan mempromosikan produk keluaran mereka kepada umum. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment