My Add

Saturday 28 January 2012

Keseimbangan: Transformasi luar bandar diberi perhatian

IPOH, SABTU, 28 Januari, 2012: Kerajaan akan memberi perhatian kepada program transformasi luar bandar dalam usaha memberi keseimbangan ekonomi kepada penduduk bandar dan luar bandar, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, bagi mempercepatkan proses transformasi itu, salah satu langkah yang akan dilakukan ialah mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Katanya, RTC adalah pusat pengumpulan pelbagai produk pertanian yang dihasilkan oleh para usahawan luar bandar.

"Melalui RTC kita akan pastikan produk-produk yang dihasilkan dipasarkan dengan baik,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang rakyat Kampung Dato” Ahmad Said Tambahan Dua hari ini.

Beliau berkata, selain itu, usahawan luar bandar juga akan disokong melalui pinjaman dan suntikan modal dari sektor perbankan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment