My Add

Saturday 28 January 2012

Kaji tambah pendapatan imam, guru

KOTA BHARU, SABTU, 28 Januari, 2012: Kerajaan sedang mengkaji untuk menaik taraf kemudahan dan pendapatan imam, guru kelas asas fardu ain (KAFA) serta guru takmir di seluruh negara sejajar dengan wawasan untuk mencapai negara maju pada 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut diberi perhatian serius bagi memastikan golongan agama itu tidak tercicir dalam arus kemajuan terutama untuk meningkatkan jumlah pendapatan.

"Saya bercakap mengenai pendapatan rakyat sebanyak RM4,000 pada 2020, ini bermakna pendapatan itu bukan hanya untuk kelompok tertentu tetapi bagi semua. Disebabkan itu, penambahbaikan untuk guru KAFA, takmir dan sebagainya sedang dijalankan.

"Kita mahu lihat dalam ruang yang lebih besar untuk ke depan, mungkin esok bergaji lebih besar (golongan agama), sekarang kita menempatkan imam lulusan universiti di masjid negeri dan daerah, mungkin suatu hari kita akan menempatkan lulusan universiti di masjid tempatan dengan mengambil kira imam sedia ada," katanya di sini, semalam.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment