My Add

Sunday, 29 January 2012

Kenang jasa pemimpin BN - Isa Samad

PENDANG, AHAD, 29 Januari, 2012: Peneroka dan generasi baharu Felda diingatkan supaya mengenang jasa-jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin membangunkan kehidupan mereka sejak lima dekad lalu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, Felda telah merobah kehidupan masyarakat sejak Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan kini perjuangan membela nasib peneroka dan generasi baharunya diteruskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Konsep penempatan semula Felda berjaya kerana pemimpin-pemimpin kita hebat dalam mengurus tadbirnya ketika ada juga negara-negara luar yang cuba mewujudkan konsep ini di negara mereka tetapi gagal.

"Felda adalah satu dalam dunia, jadi saya harap peneroka dan generasi baru Felda menilai perkara ini sebaik-baiknya," kata beliau pada Majlis Ramah Mesra bersama peneroka di Felda Sungai Tiang, di sini, semalam..

Mohd. Isa juga menggesa agar masyarakat Felda tidak terperdaya dengan tipu helah pembangkang yang sentiasa menabur fitnah dan janji manis.

"Dari dahulu sampai sekarang sudah menjadi tradisi pembangkang untuk mencemuh kerajaan, mereka kata kerajaan tidak baik walaupun masyarakat Felda hidup selesa.

"Begitu juga menjelang pilihan raya ini, saya berharap masyarakat Felda membuat pilihan terbaik jangan tersilap pilih kerajaan dan merana," katanya.

Menyentuh tentang penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) di bursa saham, kata Mohd. Isa, ia adalah wawasan Perdana Menteri demi kelangsungan generasi baharu Felda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment