My Add

Sunday 29 January 2012

Konvensyen jana ekonomi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, AHAD, 29 Januari, 2012: Kerajaan negeri akan menganjurkan Konvensyen Ekonomi pada hujung bulan depan untuk menilai dan mencari langkah terbaik bagi menjana prestasi ekonomi negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, seramai 500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil korporat, wakil perniagaan Cina dan India akan dijemput pada konvensyen itu nanti.

“Selain menilai dan mencari langkah bagi menjana prestasi ekonomi, konvensyen itu juga akan menjadi landasan bagi kerajaan Pahang untuk memajukan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir sebagai tetamu khas Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini baru-baru ini.

Adnan berkata, kerajaan Pahang sentiasa menggalakkan rakyatnya untuk menceburkan diri dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

“Apa jua bidang seperti perumahan, hartanah mahu pun pembalakan, kerajaan negeri sentiasa memberi galakan,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment