My Add

Sunday 29 January 2012

Krisis air selesai September

ALEXANDER Nanta Linggi (kiri) bersama M. Fadhely (tengah) meneliti pelan projek Bekalan Air Luar Bandar di Jalan Selirik ketika melawat tapak projek tersebut di Kapit, baru-baru ini.

KAPIT, 29 Januari, 2012: Penantian lebih 15 tahun penduduk di sepanjang Jalan Selirik di sini, untuk menikmati bekalan air bersih akan berakhir apabila projek pemasangan paip dan menaik taraf kemudahan itu bermula dalam waktu terdekat ini dan dijangka siap September depan.

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, penduduk di sepanjang jalan berkenaan berhadapan krisis bekalan air sejak 1997 ekoran pertambahan penduduk.

Katanya, antara masalah yang kerap melanda adalah bekalan kerap terputus di samping tekanan air yang rendah, terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

“Projek ini diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kontraktor yang dilantik.

“Apabila ia siap kelak, penduduk akan menikmati bekalan air bersih dan selamat tanpa gangguan lagi,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak projek berkenaan di sini baru-baru ini.

Alexander dalam pada itu berharap, pelaksanaan projek berkenaan berjalan lancar supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.

Sementara itu, Penolong Setiausaha kementerian, M. Fadhely berkata, projek tersebut dijangka mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.

“Ia melibatkan pemasangan saluran paip sepanjang lebih lima kilometer bermula dari takungan air di puncak bukit berhampiran kawasan tersebut sehingga ke kawasan penempatan penduduk,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment