My Add

Monday 2 January 2012

Malaysia dinobat Miss Tourism International 2011




AILEEN Gabriella Robinson dinobatkan sebagai "15th Miss Tourism International 2011" di Sunway Resort Hotel & Spa, malam semalam.



PETALING JAYA, ISNIN, 02 Januari, 2012: Peserta Malaysia, Aileen Gabriella Robinson dinobatkan sebagai pemenang Miss Tourism International (MTI) 2011 selepas mengalahkan 10 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa di sini malam semalam.

Aileen Gabriella, 22, berjaya mengalahkan jelitawan dari 54 negara.

Gelaran itu yang sebelum ini dipegang oleh Nathalie Den Dekker dari Belanda menyarungkan mahkota itu kepada Aileen Gabriella.

Majlis itu disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan turut disaksikan oleh pengunjung di Dataran Merdeka yang menantikan kiraan detik tahun baru 2012.

Meraikan ulang tahun ke-15, MTI adalah unik dalam erti kata kerana ia adalah satu-satunya pertandingan ratu cantik sempena ketibaan tahun baru dan sambutan itu membabitkan delegasi dari 54 negara untuk sama-sama meraikan detik 12 tengah malam.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D"Cruz, Presiden dan Pemilik MTI Datuk Danny Ooi dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Datuk Seri Dr. Jeffrey Cheah.

Juri pertandingan akhir itu ialah Chef Wan, model terkemuka Amber Chia, bekas Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Zoee Tan, artis dan pensyarah muzik Syafinaz Selamat serta penerbit dan koreografer David Kort.

MTI adalah platform untuk mempromosikan pelancongan bagi negara penganjur dan pada masa yang sama untuk menggalakkan keamanan, muhibah, dan persahabatan antara negara-negara yang mengambil bahagian.

Majlis yang berlangsung selama 18 hari itu menyaksikan peserta terlibat dalam pelbagai program promosi dan aktiviti amal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment