My Add

Saturday 28 January 2012

MRP milik kerajaan BN

FRANCIS Harden Hollis (tiga kiri) menyampaikan cek MRP kepada Pengetua Cemerlang SMK Simanggang, Joseph Junting Resa di Sri Aman, semalam.

Oleh SOPI SAMAILE

SRI AMAN, SABTU, 28 Januari, 2012: Duit peruntukan Projek Kecil Luar Bandar atau MRP yang sering disalurkan bagi tujuan pembangunan kepada penduduk selama ini adalah milik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan negeri, Datuk Francis Harden Holli berharap, rakyat tidak keliru dengan menganggap duit MRP adalah milik wakil rakyat BN.

Ini kerana menurutnya, MRP bukan datang daripada wakil rakyat sebaliknya telah disalurkan oleh kerajaan BN.

‘‘Kerajaan menyediakan peruntukan MRP kepada setiap wakil rakyat BN untuk disalurkan kepada penduduk dalam kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini, semalam.

Selain itu, Harden juga berharap setiap persatuan atau Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mengumumkan perkara mengenai penerimaan MRP daripada kerajaan kepada anak buah masing-masing.

‘‘Ia penting agar anak buah masing-masing tahu bahawa JKKK atau persatuan mereka telah menerima peruntukan daripada kerajaan.

‘‘Jika tidak, penduduk akan mendakwa kerajaan tidak menghulurkan MRP kepada mereka pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Harden telah menyampaikan cek MRP bagi 2012 yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM71,000 kepada 16 JKKK, sekolah, persatuan dan surau menerusi majlis berkenaan. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment