My Add

Saturday 28 January 2012

SPAD keluar 163 notis kepada pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Januari, 2012: Sebanyak 163 notis dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada pengendali pengangkutan awam atas pelbagai kesalahan bermula 16 Januari lalu sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal berkata, selain kesalahan beroperasi tanpa Lesen Perubahan Sementara (LPS), kesalahan lain yang dikesan ialah mengenakan tambang berlebihan dan kegiatan ulat tiket dan pemandu tiada lesen kenderaan perdagangan.

Menurutnya, kertas siasatan bagi setiap kesalahan yang dilakukan telah dibuka dan mereka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat ini.

"Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda antara RM1,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Operasi SPAD itu turut mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebanyak 4,345 kenderaan perdagangan terdiri daripada bas, teksi dan lori diperiksa dalam operasi tersebut dan operasi akan diteruskan sehingga 30 Januari ini.

Mohd. Nur berkata, SPAD melakukan operasi secara konsisten dan tidak hanya menunggu pada musim perayaan sahaja bagi memastikan kepentingan pengguna terjaga, sekali gus meningkatkan keyakinan umum terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment