My Add

Saturday 28 January 2012

NFCorp beri kerjasama 100 peratus

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Januari, 2012: National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia dalam siasatan isu penyelewengan yang dikaitkan dengan syarikat tersebut.

Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata, segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan kepada projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah tidak masuk akal dan beliau berharap siasatan SPRM dan polis dapat memperjelaskan keadaan sebenar.

“Sekarang, segalanya di tangan polis dan SPRM. Mereka sedang selidik kami, jadi kami beri kerjasama 100 peratus kepada polis, SPRM dan kerajaan.

“Kalau pembangkang ada soalan, sila tanya kami, jangan ‘balun’ sahaja sehingga orang ramai naik darah, tetapi faktanya tidak ada,” katanya pada majlis penerangan dan dialog isu NFC anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini, semalam.

Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat pada majlis penerangan itu. Hadir sama Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli; Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd. Ali Baharom dan Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd. Arafat Muhabat.

Baru-baru ini Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ atau penyelewengan dalam laporan audit terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan adalah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Projek NFC dijadikan isu oleh pembangkang yang menggambarkan seolah-olah ia diuruskan dengan melibatkan penyelewengan termasuk mengaitkannya dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment