My Add

Sunday 29 January 2012

RM70,000 bantu penduduk Pengerang

AZALINA Othman Said (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek RM50,000 kepada Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Oleh FARIK SALLEH

KOTA TINGGI, AHAD, 29 Januari, 2012: Kaum Cina dan India di kawasan Parlimen Pengerang menerima peruntukan RM70,000 bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM50,000 diberikan kepada persatuan kaum Cina manakala bakinya diperuntukkan untuk kaum India.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, peruntukan itu adalah bukti kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keadaan masyarakat dan sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Beliau berkata, masyarakat di kawasan Pengerang tidak perlu bimbang dengan isu berkaitan pembangunan di situ kerana kerajaan akan membantu penduduk dalam menyelesaikan sebarang masalah berkaitan.

‘‘Kerajaan akan sentiasa meletakkan rakyat sebagai nombor satu dalam isu pembangunan yang berlaku di sini.

‘‘Jika dilihat dengan adanya projek pembangunan minyak dan gas di sini, secara tidak langsung ia akan menjadikan kawasan Pengerang terkenal di seluruh dunia,” katanya selepas merasmikan program Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Pon, Sungai Rengit di sini kelmarin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim dan Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng.

Pada majlis berkenaan, seramai 45 warga emas yang terdiri daripada kaum Cina turut menerima sumbangan berupa barangan asas dan angpau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment