My Add

Sunday 29 January 2012

Sabotaj parti: Cara tindakan akan dibincangrti:

LEDANG, AHAD, 29 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, definisi dan cara tindakan yang boleh diambil terhadap ahli yang mensabotaj parti pada pilihan raya umum akan dibincangkan dengan teliti supaya ia tidak menganiayai mana-mana pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, definisi sabotaj dan cara tindakan itu akan dibincangkan semasa perjumpaan beliau dengan Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail nanti.

Beliau turut akan memberi taklimat kepada Lembaga Disiplin UMNO bahawa tugas tersebut berbeza kerana kebiasaannya kes disiplin dilaporkan selepas pilihan raya sedangkan tugas itu kini sebelum pilihan raya berlangsung.

"Jadi, jika ada yang dilaporkan melanggar disiplin, kita kena siasat dan tentukan betul-betul. Kita tak mahu nanti ada pihak yang menjadi mangsa fitnah. Dia nak jadi calon, dia fitnah orang lain.

"Jawatankuasa ini nanti kena teliti dan bersikap adil dan jangan bertindak supaya tindakan yang diambil nanti tidak merugikan parti," katanya diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam yang akan mengambil tindakan awal terhadap ahli yang mensabotaj parti sebelum pilihan raya.

Muhyiddin yang diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Orang Ramai di rumah pegawai khasnya, Lim Pey Heng di Kampung Kebun Baru, Jementah dekat sini, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment