My Add

Monday 27 February 2012

My Lease: EON lancar perkhidmatan pajakan baharu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) hari ini memperkenalkan “My Lease”, perkhidmatan pajakan dan pengurusan kenderaan baharu yang memberikan para pelanggan peluang untuk memajak kenderaan bagi tempoh yang khusus.

DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd (DLSB), anak syarikat EON yang baharu sahaja dibentuk, akan menguruskan perkhidmatan rangkaian kenderaan.

Ketua pegawai operasi EON, Azman Idris berkata, DLSB telah memeterai perjanjian pajakan dengan beberapa syarikat termasuk Pos Malaysia Bhd dan Alam Flora Sdn Bhd, bagi membekalkan kenderaan untuk aktiviti perniagaan mereka.

"Pajakan merupakan proposisi berbeza untuk industri Malaysia, di mana daripada memiliki kenderaan, pengguna membayar jumlah bulanan untuk menggunakan kenderaan untuk satu tempoh yang khusus, biasanya empat hingga tujuh tahun,” kata beliau pada majlis pelancaran perkhidmatan baharu itu di sini.

Pada akhir tempoh pajakan, kenderaan itu perlu diserahkan semula kepada DLSB.

Azman berkata, pajakan itu menawarkan pembayaran bulanan yang berdaya saing berbanding sewa beli kerana servis dan penyenggaraan dimasukkan dan dibiayai dalam yuran pemajakan bulanan.

"Pajakan itu tidak terhad kepada kenderaan Proton... ia turut membabitkan kenderaan komersial model luar negara,” kata beliau. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment