My Add

Monday 27 February 2012

40,000 tenaga mahir diperlukan bagi sektor minyak, gas

JOHOR BAHRU, ISNIN, 27 Februari, 2012: Sektor minyak dan gas di negara ini akan memerlukan lebih 40,000 tenaga kerja mahir menjelang 2015, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Ia merupakan hasil kajian pihak majikan industri itu mengenai keperluan tenaga kerja mahir menjelang 2015, katanya kepada pemberita selepas sesi dialog kementeriannya bersama pihak majikan pelbagai sektor di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihak majikan mahu agar lebih banyak program latihan diadakan berkaitan industri tersebut agar dapat menyediakan tenaga kerja mahir yang mencukupi.

Subramaniam berkata, bidang elektronik dan perhotelan juga memerlukan tenaga kerja mahir yang ramai.

Katanya, dalam bidang perhotelan, masalah yang dihadapi oleh pihak tersebut ialah kebanyakan tenaga kerja tidak mahir berbahasa Inggeris. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment