My Add

Monday 27 February 2012

Kerajaan Selangor tak campur kes khalwat Dr Badrulamin

SHAH ALAM, ISNIN, 27 Februari, 2012: Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh campur tangan dalam kes khalwat membabitkan Pengarah Penerangan Khas di pejabat Menteri Besar Selangor, Dr Badrulamin Bahron, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan negeri difahamkan Badrulamin akan ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk membantu siasatan kes itu.

"Tiada perkembangan mengenai kes itu. Yang (saya) diberitahu, akan ada perbincangan dengan JAIP,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan peruntukan RM100,000 kepada Monfort Boys Town di sini, hari ini.

Semalam, Badrulamin yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menafikan beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri oleh JAIP di sebuah hotel di Balok, Pahang, pada awal pagi Sabtu.

Beliau mendakwa, kejadian itu merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment