My Add

Monday 27 February 2012

Sabah kekal pengeluar utama minyak sawit negara - Bernard

KOTA KINABALU, ISNIN, 27 Februari, 2012: Sabah masih mengekalkan prestasi sebagai pengeluar utama minyak sawit negara dengan mencatatkan peningkatan pengeluaran minyak kepada 5.84 juta tan atau 9.9 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, sokongan kerajaan dan penglibatan aktif pihak industri dalam membangunkan industri minyak sawit telah menyumbang kepada kemajuan industri sawit di negeri ini.

"Pada tahun ini, kawasan tanaman sawit negara telah mencecah seluas lima juta hektar meliputi 73.2 peratus kawasan tanah pertanian negara di mana Sabah mengekalkan kedudukan sebagai negeri yang mempunyai kawasan tanaman sawit terbesar dengan keluasan 1.43 juta hektar.

"Tambahan daripada itu, pengeluaran minyak sawit mentah pada tahun ini meningkat sebanyak 11.3 peratus iaitu daripada 16.99 juta tan pada tahun 2010 kepada 18.91 juta tan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemindahan Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, hari ini.

Bernard berkata, pengukuhan harga sawit di pasaran global turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport produk sawit dengan nilai eksport pada tahun ini mencatatkan peningkatan 34 peratus iaitu RM83.4 bilion berbanding dengan RM62.2 bilion pada 2010. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment