My Add

Monday 27 February 2012

Isu pelantikan Exco Kedah: Pas Pusat campur tangan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Pas Pusat melihat wujud keperluan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang berhadapan dengan kemelut berkaitan pelantikan anggota Exco, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akan ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan anggota-anggota Exco berkenaan.

Bercakap pada sidang media mengenai isu pentadbiran kerajaan Kedah, di sini hari ini, Mustafa menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Masalah tersebut sebenarnya telah dibincangkan dengan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) melalui pertemuan dengan Menteri Besar dan juga semua Exco kerajaan negeri.

“Pada pertemuan 17 Februari itu, Presiden parti telah dimaklumkan dengan isu yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan Menteri Besar juga telah beri jaminan kepada Presiden, semua Exco yang berkhidmat akan dikekalkan,” katanya.

Namun berikutan beberapa perkembangan terkini hanya lapan anggota Exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok, katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment