My Add

Monday 27 February 2012

ISN minta KOM jelas isu guna doktor dari Bulgaria

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Institut Sukan Negara (ISN) meminta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberi penjelasan berhubung tindakan persatuan tertua negara itu menggunakan khidmat seorang doktor dari Bulgaria tanpa merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, ISN telah menghantar surat kepada KOM meminta penjelasan daripada badan induk sukan olahraga negara itu.

"ISN tidak menuduh KOM bersalah dalam hal ini kerana kita tidak tahu siapa yang sebenarnya bertanggungjawab membawa masuk doktor itu ke negara ini.

“Oleh itu, kita perlu menunggu penjelasan daripada KOM terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Isu KOM mengguna khidmat doktor dari Bulgaria hangat diperkatakan apabila atlet 4x400m negara Muhammad Yunus Lasaleh mendakwa dirinya disuntik dengan sejenis dadah terlarang oleh seorang doktor Bulgaria dan mengambil pil berwarna merah dan putih.

Ini katanya, berlaku ketika beliau menjalani latihan pusat di Miri, Sarawak sebagai latihan fasa terakhir menghadapi Sukan SEA bersama jurulatih dari Bulgaria, Vasco Nedyalkov. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment