My Add

Monday 27 February 2012

Pengurusan baru parti KITA hantar laporan kepada ROS

GEORGETOWN, ISNIN, 27 Februari, 2012: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, yang mengisytiharkan dirinya presiden baru parti itu, akan menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Rabu ini bagi membuktikan parti itu kini diterajui kepimpinan baru dan bukan lagi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, pengurusan baru parti KITA telah siapkan semua laporan termasuk minit Mesyuarat Agung Luar Biasa di Kelantan pada 25 Februari lepas untuk diserahkan kepada ROS.

"Pengurusan baru akan bermesyuarat buat kali pertama di Kuala Lumpur esok bagi merancang dan menjalankan aktiviti parti,” katanya ketika dihubungi dari sini hari ini.

Beliau turut minta anggota parti supaya bertenang kerana pengurusan baru sedang mengatasi segala kelemahan parti sebelum ini.

"Ada yang kata saya syok sendiri kerana menjadi Presiden KITA, (tapi) saya dilantik dalam mesyuarat di Kelantan bagi menerajui pengurusan baru ini dan jawatan itu bukan untuk selama-lamanya.

"Sebaliknya saya pegang jawatan ini untuk satu tempoh bagi memastikan KITA berjalan lancar dan kami akan buat pemilihan baru mengikut undang-undang perlembagaan parti,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment