My Add

Monday 27 February 2012

Lapan anggota Exco Kedah terima pelantikan semula

ALOR SETAR, ISNIN,27 Februari, 2012: Lapan anggota Exco kerajaan negeri Kedah menerima tawaran pelantikan semula untuk menyandang jawatan berkenaan bagi 2012 dan akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit di sini esok.

Mereka ialah Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali dan S. Manikumar.

Difahamkan mereka menerima surat pelantikan masing-masing pada 12 tengah hari tadi, dan semua Exco berkenaan mengesahkan untuk hadir ke majlis angkat sumpah itu.

Amiruddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan; Mohamed Taulan (Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi) dan Soo Nee (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan; Joon Long (Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan; Hamdan (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan); Siti Aishah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Manikumar (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.

Sementara itu, nama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, tidak ada dalam senarai mengangkat sumpah esok. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment