My Add

Monday 27 February 2012

Sebar hadis palsu ibarat pendustaan terhadap Nabi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari, 2012: Sesiapa yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis “palsu” dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha di sini hari ini.

Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata, ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.

Othman berkata, mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.

"Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak (cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya,” katanya.

Othman berkata, hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram di samping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment