My Add

Thursday 2 February 2012

Bayar sewa rumah tertunggak

SEBAHAGIAN penduduk bekas setinggan Kampung Perak mengadakan demonstrasi secara aman mendesak pemaju menjelaskan tunggakan sewa rumah di penempatan sementara dihuni mereka di Hulu Klang semalam.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB 

HULU KLANG, KHAMIS, 02 Februari, 201: Kira-kira 100 bakal penghuni projek perumahan kos rendah Seri Mutiara di sini, berang setelah hak mereka untuk mendapatkan bayaran hutang sewa penempatan sementara yang tertunggak selama lima tahun tidak diberi perhatian oleh pihak pemaju, Damai Bistari Sdn. Bhd.

Malah, nasib bekas penduduk setinggan Kampung Perak tersebut tidak ubah seperti pengemis apabila rumah yang dijanjikan siap dalam tempoh 36 bulan sejak 2003 masih belum mampu didiami sehingga kini.

Mereka juga kini kian tertekan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat gara-gara terpaksa membayar faedah rumah yang dibeli itu selain sewa bulanan pusat penempatan sementara yang didiami sekarang di Pangsapuri Sri Nilam.

Pengerusi Bertindak Perumahan Sementara Kampung Perak, Mohd. Shah Akhbar Sha berkata, dalam perjanjian bertulis yang ditandatangani sebelum ini antara pihak pemaju Damai Bistari Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan penduduk menyatakan semua kos sewa bulanan di pusat penempatan sementara akan ditanggung oleh pemaju.

“Apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila kami sendiri yang terpaksa membayar sewa bulanan yang hampir mencecah RM700 sebulan sedangkan pendapatan penduduk hanya sekitar RM1,500.

“Bebanan lebih dirasai apabila turut membayar faedah sebanyak RM300 bagi rumah kos rendah yang masih belum boleh didiami,“ katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu satu perhimpunan aman diadakan oleh penduduk-penduduk terbabit dalam mendesak pihak pemaju membayar tunggakan sewa rumah berkenaan yang jumlah keseluruhan mencecah RM700,000 serta menyiapkan segera rumah projek perumahan Seri Mutiara. - KOSMO

No comments:

Post a Comment