My Add

Friday 10 February 2012

Empat nelayan terselamat bot karam di Kedah

ALOR SETAR, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Empat nelayan nyaris maut apabila bot pukat tarik yang mereka naiki karam berhampiran Pulau Songsong, Yan, dekat sini, hari ini.

Ketua Operasi dan Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Bahari Ahmad, berkata keempat-empat nelayan itu menyelamatkan diri dengan naik semula ke atas bot yang ketika itu terbalik sebelum dibantu oleh nelayan lain.

"Semua mangsa bot karam itu telah dipindahkan ke bot nelayan lain untuk dibawa ke Jeti Kuala Kedah. Jarak antara lokasi bot karam dengan pantai terlalu dekat iaitu kira-kira 30.48 meter sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 1.03 tengah hari dan orang awam yang berada berhampiran tempat kejadian memaklumkan kejadian itu berlaku pagi tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment