My Add

Tuesday 21 February 2012

Hentikan visa tindakan tepat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, ISNIN, 20 Februari, 2012: Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu adalah tepat.

Malah bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Mesir, Zulkifli Yaacob mencadangkan supaya visa untuk pelajar dari negara-negara Afrika dihentikan terus kerana ia mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, pelajar Afrika hanya datang untuk mencari wang di negara ini dengan menggunakan pelbagai cara termasuk melanggar undang-undang dan bukannya untuk belajar.

"Saya menyokong penuh keputusan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana pelajar asing terutama daripada Afrika menggunakan visa bukan untuk belajar, saya dapati 99 peratus pelajar Afrika datang ke sini bukan untuk pelajar.

"Mereka datang ke sini adalah untuk mencari wang dengan melakukan kegiatan yang tidak elok seperti menjadikan negara ini sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

"Agak pelik mereka tidak pergi ke negara Arab atau Eropah, mereka sanggup meredah dua benua untuk ke negara ini kerana undang-undang kita longgar," dakwanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Kementerian tersebut hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Zulkifli berkata, kerajaan perlu mengetatkan sistem pendidikan dalam aspek pengambilan pelajar asing kerana mereka telah menimbulkan masalah sosial.

"Saya pernah belajar di Mesir dan pernah ke United Kingdom, kedua-dua negara amat menjaga soal keselamatan negara dan tidak membenarkan orang asing masuk ke negara mereka sewenang-wenangnya.

"Selain itu, saya juga merasa amat sedih apabila melihat orang Afrika ini merosakkan pelajar-pelajar kita terutama perempuan, mereka ini bukannya ada pelajaran dan berharta pun," dakwanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment