My Add

Sunday 26 February 2012

Lebih 2,000 kunjungi karnival 'Kenduri Jom Daftar Undi'

ABD. HALIM HADI dan HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Februari, 2012: Lebih 2,000 orang mengunjungi karnival 'Kenduri Jom Daftar Undi' yang diadakan di Laman Pengantin bersebelahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Setiawangsa di sini hari ini.

Acara anjuran Restoran Sekinchan Ikan Bakar dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu menyediakan khidmat pendaftaran mengundi dan pertukaran alamat kepada orang ramai yang masih belum berbuat demikian.

Selain mendaftar sebagai pemilih, pengunjung karnival yang dibuka sehingga pukul 4 petang itu turut disajikan hidangan gulai kawah dan minum petang.

Majlis turut dimeriahkan dengan penampilan beberapa artis antaranya Neelofa, Zed Zaidi, Ayu Mayuni, Roslan Shah, Nas Adila dan Zahid AF.

Pengarah Urusan dan Pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd berkata, karnival itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi yang sah.

"Kita menjemput orang ramai tanpa mengira apa fahaman politik untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pelbagai acara menarik dianjurkan termasuk cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik, pameran kereta mewah dan gerai jualan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment