My Add

Wednesday 22 February 2012

Maglin sahkan terima surat letak jawatan Kamal Batcha

KUALA LANGAT, RABU, 22 Februari, 2012: Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz mengesahkan anggota majlis tertinggi dan Ketua Bahagian Kota Raja parti itu Kamal Batcha Noor Mohideen telah meletakkan semua jawatan parti.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan Kamal Batcha dihantar ke ibu pejabat PPP pada Isnin.

"Kami menerima surat peletakan jawatan daripada Kamal (meletakkan jawatan daripada semua jawatan dalam PPP) dan beliau bukan lagi anggota PPP,” katanya kepada pemberita selepas melawat penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun di sini hari ini.

Maglin mendakwa, Kamal Batcha telah melemparkan tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beliau, kesemua anggota majlis tertinggi parti dan juga BN Kota Raja menerusi surat peletakan jawatannya itu.

"Beliau telah mengkritik saya dan anggota majlis tertinggi PPP menerusi surat itu, menyatakan alasan bagi peletakan jawatannya. Saya menimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Saya telah berjumpa peguam saya mengenai perkara ini,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment