My Add

Sunday 26 February 2012

Masyarakat India perlu kenang budi BN - Samy Vellu

KULIM, AHAD, 26 Februari, 2012: Masyarakat India perlu bertoleransi dan mengenang budi di atas pelbagai bantuan termasuk peruntukan membina sekolah Tamil serta membaik pulih bangunan sekolah yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, melalui peruntukan kira-kira RM300 juta yang diluluskan, sebanyak 75 buah sekolah Tamil yang baru sedang dalam program pembinaan manakala lebih 50 lagi dalam perancangan untuk dibina.

“Melalui peruntukan ini, sekolah-sekolah Tamil di negara ini kini mempunyai sejarah baru, bererti kerajaan telah memberi banyak peruntukan demi menaik taraf sekolah-sekolah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Henreitta di Padang Serai dekat sini hari ini.

Samy Vellu yang juga Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastuktur ke India dan Asia Selatan mengucapkan terima kasih di atas kemurahan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan sikap tidak meminggirkan masyarakat India di negara ini.

“Pucuk pimpinan MIC kinipun telah bekerja keras meningkatkan tahap ekonomi dan pelajaran masyarakat India selaras dengan arus pembangunan negara dan mereka merasa tidak ketinggalan dalam semua bidang,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment