My Add

Sunday 26 February 2012

MCA kini sebuah parti lebih kuat, bersatu - Soi Lek

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Februari, 2012:MCA kini telah muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan kuat selepas mengharungi banyak krisis, demikian tegas presiden parti, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada majlis sambutan ulang tahun ke-63 parti yang dihadiri 3,000 perwakilan, kehadiran tertinggi pada perhimpunan parti seumpama itu.

Dua tahun lepas, MCA berada di persimpangan, tetapi selepas barisan baru pemimpin dipilih, parti telah bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan menjadikannya relevan semula, katanya kepada perwakilan di Dewan San Choon, di sini.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa rakyat tidak akan sokong parti yang diselubungi masalah. Kita perlu perbetulkan keutamaan kita supaya kita boleh bergerak dalam satu arah. Hala tuju perlu seiring antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk satu tujuan tetapi dengan mempunyai banyak matlamat,” katanya.

Soi Lek berkata, tiada ruang untuk kumpulan serpihan dalam parti kerana ia akan memusnahkan apa yang telah dibina oleh parti selama enam dekad lepas dan tidak dinafikan wujud perselisihan dalaman tetapi keutamaan sekarang ialah membina asas pertumbuhan yang kukuh untuk parti dan juga negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment