My Add

Sunday 26 February 2012

Mengadu sakit perut: Mandela dimasukkan ke hospital

JOHANNESBURG, AHAD, 26 Februari, 2012: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dimasukkan ke hospital semalam selepas mengadu sakit di bahagian perut.

Bagaimanapun, menurut parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang diasaskan oleh Mandela dan kini memerintah negara ini, keadaan pemimpin disayangi ramai yang berusia 93 tahun itu tidak membimbangkan.

Mandela, yang dipenjarakan selama 27 tahun kerana menentang dasar aparteid, bersara secara rasmi dan muncul kali terakhir di khalayak awam pada Julai 2010. - AGENSI

No comments:

Post a Comment