My Add

Wednesday 1 February 2012

Najib lawat Terengganu Jumaat ini

KUALA TERENGGANU, RABU, 01 Februari, 201: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu Jumaat ini. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, berkata pada lawatan itu, Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menyampaikan bantuan kebajikan masyarakat, bantuan 1Malaysia dan bantuan bot kepada nelayan di Rhu Rendang, Marang.

Pada tengah hari, Najib akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini dan menghadiri jamuan rakyat di situ selain menyampaikan bantuan kepada nelayan di Batu Buruk, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada sebelah petang, katanya Perdana Menteri akan menyertai aktiviti berbasikal dari Hotel Primula ke pasar minggu di Syahbandar sebelum menghadiri majlis perjumpaan tertutup dengan anggota Barisan Nasional (BN) semua peringkat. 

Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis perjumpaan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment