My Add

Thursday 23 February 2012

Peluang besar untuk ahli perniagaan Malaysia di Libya, Qatar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Banyak peluang besar untuk ahli perniagaan Malaysia di negara Arab, terutamanya Libya dan Qatar, kata Setiausaha Agung, Majlis Perpaduan Ekonomi Arab, Liga Arab, Mohammed Al-Rabea. 

Beliau berkata, terdapat banyak projek besar di Libya, yang mempunyai kerajaan baru dan di Qatar pula, ia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022.
Beliau berkata, dua sektor yang akan menawarkan peluang serta merta kepada ahli perniagaan Malaysia ialah pembinaan dan infrastruktur.

"Libya, contohnya, perlu dibina semula. Kerajaan baru itu memerlukan bantuan untuk mencari syarikat melaksanakan tanggungjawab ini. 

"Qatar pula akan mempunyai projek besar kerana ia sedang membuat persiapan bagi Piala Dunia dan perlukan syarikat Malaysia untuk membantu," katanya kepada BERNAMA dalam satu temubual. 

Beliau berkata, sektor persendirian dan negara Arab seharusnya mewujudkan kerjasama dan usaha sama untuk merebut peluang yang meluas ini. 

Majlis Perpaduan Ekonomi Arab berada di Malaysia bagi menyertai Forum Perniagaan Global Malaysia-Rakan Kongsi Strategik-Malaysia dan Dunia Arab pertama yang diadakan di MATRADE, Selasa lalu.

Delegasi itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir semasa forum berkenaan. 

Mohammed Al-Rabea juga berkata, negara Islam dan Arab harus bekerja keras ke arah meningkatkan standard halal dan mempromosikan produk halal. 

"Saya bangga Malaysia sudah mencapai standard tinggi dalam konsep produk halal. 

"Kita sepatutnya memajukan produk halal di negara Islam dan Arab. Pada masa yang sama, kita seharus mengukuhkannya dalam industri hospitaliti di kalangan negara Arab," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment