My Add

Friday 3 February 2012

Pemenang rancang usaha selamatkan Kampung Batu Uban

GEORGETOWN, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) bercadang mengadakan satu perjumpaan bersama ahli profesional dan pakar sejarah untuk membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelamatkan Kampung Batu Uban, sebuah penempatan Melayu di negeri itu yang identitinya mungkin terhakis akibat arus pembangunan.

Pengerusi Pemenang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk menghasilkan satu memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan pusat.

"Pemenang berharap kalau dapat laporan (memorandum) ini disiapkan dengan begitu teliti dan kita akan sampaikan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Saya yakin dan percaya (memorandum) akan dapat perhatian (kerajaan).

"Pendekatan Pemenang ialah kita cuba menjadi orang tengah... nak bincang dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kita bincang bagaimana nak selamatkan Batu Uban,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment