My Add

Friday 17 February 2012

PKR takut hilang undi orang Islam - Razali

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 16 Februari, 2012: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini dilihat masih tidak berani menyatakan pendirian terhadap kenyataan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ), akhir bulan lalu.

Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, parti itu bimbang kehilangan sokongan umat Islam di negara ini sekiranya mereka menyokong kenyataan Anwar.

"Jika PKR mempertahankan Anwar, saya percaya ramai pengundi Islam yang berada di atas pagar akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO.

"Sebaliknya, perpecahan dalam parti dan pakatan pembangkang bakal berlaku sekiranya PKR mengambil pendirian membantah kenyataan pemimpin tertinggi mereka," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, pendekatan berdiam diri tidak akan menyelamatkan PKR memandangkan rakyat ingin tahu pendirian sebenar mereka terhadap isu yang melibatkan konflik di Palestin.

Dalam pada itu, kata Razali, pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar dalam masa terdekat dianggap hanya satu gimik untuk mengaburi mata rakyat lebih-lebih lagi penyokong pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment