My Add

Thursday 9 February 2012

Projek rumah tentera, pembangkang cuba main wayang

IPOH, KHAMIS, 09 Februari, 2012: Pembangkang dilihat terdesak apabila cuba memainkan isu Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira kepada pesara tentera dan polis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Meskipun projek tersebut merupakan inisiatif baru kerajaan negeri untuk membantu golongan pesara itu, pembangkang cuba menjadi 'jaguh' dengan mendesak supaya projek itu dilaksanakan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu RPT Perwira, Datuk Ramly Zahari berkata, hakikat itu dapat dilihat ekoran tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai penyokong pembangkang yang menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir baru-baru ini.

"Ini hanya 'wayang politik' pembangkang, program ini baru sahaja diperkenalkan November lalu tetapi mereka tiba-tiba hendak desak supaya ia dipercepatkan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air berkata demikian selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Zambry di sini, semalam.

RPT Perwira menjadikan Perak negeri pertama yang menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.

Ramly menjelaskan, program itu sedang berjalan lancar, malah kerajaan negeri turut menerima pelbagai input daripada bekas tentera.

"Sebanyak 7,000 lot kediaman percuma ini kita sudah kenal pasti, bahkan di dua daerah iaitu di Hilir Perak dan Kerian kita telah mengambil alih tanah untuk tujuan tersebut untuk rakyat.

"Daripada 20,000 borang yang kita keluarkan pada 11 November tahun lalu, 11,000 daripadanya diterima semula di Pejabat Tanah dan Galian (PTG)," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri menerima cadangan golongan pesara tentera supaya mendapatkan lot kosong meskipun pada asalnya program itu hanya ditetapkan untuk pembinaan rumah siap jenis banglo setingkat tidak melebihi RM150,000.

Bagaimanapun, katanya, lot tersebut tidak diberikan secara 'kosong', malah ia bakal dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur asas sehingga ke penyediaan jalur lebar, sekali gus memungkinkan peserta dikenakan caj pembangunan.

"Bayaran RM500 caj premium tanah kepada kerajaan negeri masih kekal walaupun terdapat usahasama dengan Koperasi Perumahan Tentera. Bagaimanapun, kita cari jalan supaya harga rumah tersebut 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment