My Add

Friday 24 February 2012

Rayuan Uthayakumar isytihar Akta Hasutan batal ditolak

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan peguam P. Uthayakumar agar Akta Hasutan 1948 diisytiharkan sebagai terbatal dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Dengan keputusan tersebut, aktivis sosial itu gagal mendapat perintah memihak kepadanya agar pertuduhan yang dihadapi di bawah Seksyen 4(1)(c) akta itu kerana menerbitkan surat berunsur hasutan, digugurkan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara mengarahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut pada 16 Mac depan selepas menolak permohonan peguam itu agar penggantungan prosiding perbicaraan dibenarkan sementara menunggu rayuan akhir.

Dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya agar Akta Hasutan 1948 diisytiharkan tidak sah kerana tidak sejajar dengan perlembagaan.

Uthayakumar diwakili oleh M. Manoharan manakala pihak kerajaan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment