My Add

Friday 24 February 2012

Selangor minta pakar Kanada cara rawat air lombong

SHAH ALAM, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Kerajaan Selangor akan mendapatkan pandangan pakar dari Kanada mengenai cara merawat dan menapis air lombong bagi menampung bekalan air di Lembah Klang, terutama untuk kegunaan isi rumah. 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata selain memastikan sumber air terbabit selamat digunakan, adalah penting untuk kerajaan negeri turut mengkaji setiap sumber air digunakan daripada segi kos dan manfaatnya.

"Usaha kerajaan negeri menggunakan air bekas lombong dan mana-mana sumber air mentah untuk dijadikan air minuman, perlu dirawat terlebih dulu bagi memenuhi piawaian keselamatan dan kesihatan ditetapkan.

"Adalah fitnah dan berniat jahat jika seseorang mendakwa kerajaan negeri menggalakkan penggunaan air mentah tidak selamat. Adalah tidak matang untuk menyarankan cadangan ini tidak menguntungkan sebelum dijalankan analisis terhadap kos dan manfaatnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.. 

Sebelum ini, Kerajaan Selangor bercadang merawat dan menapis air bawah tanah, hujan dan sungai yang dikatakan lebih menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment