KUALA LUMPUR, RABU, 01 Februari, 2012: Jan. - Dakwaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bahawa Felda akan mengalami defisit RM1.5 bilion setahun ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia adalah tidak berasas.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, persatuan itu boleh membuat apa juga kenyataan kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian, namun tidak semestinya apa yang dikatakan itu benar-benar berlaku.
"Anak itu siapa? Mereka ini pembangkang, Pas, jadi apa yang kita buat dia memang tidak setuju. Pembangkang di Malaysia ini memang prinsip mereka adalah tidak akan bersetuju dengan apa yang kerajaan buat.
"Mereka tahu benda ini baik tapi malu untuk kata setuju. Apa pun itu hak mereka. Apa yang mereka cakap itu tidak terbukti benar pun," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda, di sini, semalam.
Persatuan itu yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman sebelum ini membantah penyenaraian FGVH yang dijangka dilakukan pada tahun ini.
Dakwaan Anak itu telah diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang berkata, tuduhan itu sengaja dibuat oleh badan propembangkang tersebut bagi menimbulkan rasa kurang senang peneroka Felda terhadap kerajaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment