My Add

Friday 3 February 2012

13,500 alami gangguan bekalan air hari ini: SYABAS

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02:Februari, 2012:  Kira-kira 13,500 pemegang akaun Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengalami gangguan bekalan air berikutan paip jenis 'Mild Steel' (keluli lembut) berdekatan Stadium Tenis Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini pecah, tengah hari tadi. 

Pengarah Eksekutif Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 12.52 tengah hari dan segera melantik kontraktor untuk melakukan kerja pembaikan.

"Kerja-kerja penutupan injap sedang dilaksanakan dan kerja membaik pulih dijangka siap pada 12.30 tengah malam ini.
"Bekalan air akan pulih sepenuhnya secara berperingkat ke semua kawasan terbabit selewat-lewatnya pada jam 3.30 pagi esok," katanya dalam kenyataan di sini. 

Berikutan itu, beliau meminta pengguna menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip. 

SYABAS juga katanya, menyediakan tiga lori tangki dalam keadaan bersedia untuk digunakan sekiranya diperlukan. 

Abdul Halem berkata, kawasan yang terbabit ialah di sepanjang Jalan Duta, bangunan kerajaan, Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5, Jalan Sentul dan Jalan Kuching. 
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment