My Add

Friday 3 February 2012

Alumni UM tersinggung kenyataan Naib Canselor

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 ebruari, 2012: Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) tersinggung dengan kenyataan Naib Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Ghauth Jasmon, baru-baru ini bahawa institusi pendidikan itu "tidak pernah bagus dan telah diberi rating terlalu tinggi".

Dalam kenyataan hari ini, PAUM berkata, sungguhpun persatuan sentiasa menyokong perancangan transformasi dan penambahbaikan UM serta usaha Ghauth menjadikan UM sebuah institusi berasaskan prestasi dan mengeluarkan dirinya daripada tahap tidak beberapa bagus, persatuan berpendapat kenyataan naib canselor itu dalam wawancara media adalah amat tidak wajar.

Menurutnya, kenyataan naib canselor itu menghina dan merendah-rendahkan Canselor, Pro-Canselor, ahli Lembaga, ahli Senat, Naib Canselor, kakitangan – akademik dan pentadbiran dan lebih 160,000 lulusan UM, yang termasuk Gabenor, Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, pegawai tinggi kerajaan, profesional dan pemimpin korporat di masa lalu dan masa kini.

"VC perlu ingat bahawa UM bukannya semata-mata berkaitan dengan ranking. Universiti Malaya perlu memenuhi kepentingan dan aspirasi negara dengan mengambil kira keunikan warisan kebudayaan kita, tanggungjawab dan kewajipan sosial kita serta orientasi politik kita," kata PAUM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment