My Add

Wednesday 22 February 2012

1,630 unit bahan peledak bom ikan dirampas

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

SEMPORNA, RABU,  22 Februari, 2012: Polis merampas sejumlah 1,630 unit bahan peledak yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan dalam satu serbuan di sebuah rumah di pesisiran pantai Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum dekat sini kelmarin.

Serbuan itu dilakukan pada pukul 4.30 pagi hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Azim Khan, polis turut merampas 11 kilogram serbuk ammonia, tiga gulung sumbu dan 21 botol yang telah diisi serbuk ammonia.

“Bagaimanapun, penghuni rumah berkenaan sempat melarikan diri dengan terjun ke laut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment