My Add

Wednesday 22 February 2012

Konsep perniagaan mentor-mentee perlu dipantau - PPIM

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan memantau konsep perniagaan mentor-mentee dengan lebih menyeluruh bagi memastikan rakyat tidak ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada konsep itu.

Pengarah Latihan PPIM, Dr. Izham Nayan berkata, konsep mentor-mentee seperti francais, kios dan perladangan kontrak mampu melahirkan usahawan berjaya jika dilaksanakan dengan baik.

"Namun, ada pihak gunakan slogan 1Malaysia untuk kutip duit bagi tujuan menipu menggunakan konsep mentor-mentee ini. Ada mentor jalankan projek itu yang gagal menjaga menteenya... mentor bertambah kaya, mentee rugi besar.

"Hanya lima peratus daripada usahawan konsep ini yang berjaya. Jika kita dapat capai 40 peratus, semakin ramai usahawan dapat kita lahirkan terutamanya usahawan bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual Bernama Radio24 dalam rancangan 93.9fm Klinik Pengguna di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment