My Add

Wednesday 22 February 2012

191,122 pemohon di Pahang sudah terima BR1M

KUANTAN, RABU, 22 Februari, 2012: Seramai 191,122 daripada 240,324 pemohon yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerima bantuan itu di Pahang, kata Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
a
Beliau berkata, pemberian BR1M itu membabitkan jumlah bayaran RM95.561 juta dan hanya 49,202 permohonan saja yang gagal melepasi syarat ditetapkan untuk menerima bantuan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya semakan dan permohonan masih boleh dilakukan seahingga 15 April depan.

"Bagi mereka yang tidak berjaya boleh merujuk permohonan mereka di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pertanyaan atau untuk membuat permohonan semula," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Safian berkata, setakat ini pembayaran fasa pertama selesai dijalankan di seluruh negeri, dengan fasa kedua dan ketiga sedang berjalan manakala pembayaran fasa keempat akan dibuat dalam masa dua minggu lagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment