My Add

Thursday 16 February 2012

2 suspek bom Bangkok warga Iran didakwa

BANGKOK, RABU, 15 Februari, 2012: Menteri Luar Thailand, Surapong Tovichakchaikul berkata, dua warga Iran yang ditahan kerana terbabit dalam plot pengeboman terhadap diplomat Israel didakwa hari ini. 

“Kami belum dapat menentukan sama ada ia adalah aktiviti keganasan. Tetapi, ia sama seperti cubaan membunuh terhadap diplomat di India,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Komander Polis, Jeneral Pansiri Prapawat berkata, pendakwaan ke atas mereka membabitkan beberapa kesalahan termasuk memiliki bahan letupan secara haram dan cubaan membunuh pegawai polis.

Seorang daripada mereka, Saeid Morati, 28, tidak sedarkan diri tetapi dalam keadaan stabil di Hospital Bangkok selepas kakinya terputus apabila bom yang dilemparkan meletup. 

Manakala, suspek kedua yang memiliki pasport Iran, Mohammad Hazaei, 42, ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika cuba meninggalkan Thailand menuju ke Malaysia. - AFP/CNN

No comments:

Post a Comment