My Add

Wednesday 22 February 2012

Perhilitan rampas 67 tenggiling seludup di Pulau Besar

MELAKA, RABU, 22 Februari, 2012: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka merampas 67 ekor tenggiling yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam satu operasi di perairan Pulau Besar dekat sini, malam tadi. 

Pengarah Perhilitan Melaka, Abdul Rahim Othman, berkata tenggiling berkenaan dirampas ketika operasi rondaan yang dijalankan pihak Jabatan Kastam jam 11.30 malam hasil daripada maklumat orang awam.

Katanya, operasi dijalankan ke atas sebuah bot pancung yang dipercayai menuju ke arah utara untuk memasarkan haiwan liar berkenaan untuk penggemar makanan eksotik itu.

"Semua haiwan liar itu akan ditempatkan di Zoo Melaka di Ayer Keroh sementara menunggu perintah mahkamah untuk dilepaskan di hutan," katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini. 

“Dua lelaki dipercayai warga Indonesia berusia antara 33 hingga 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan berikutan rampasan haiwan yang dikategorikan sebagai eksotik. 

“Rampasan tenggiling ini adalah kes pertama tahun ini yang dagingnya boleh dijual mencecah harga RM350 sekilogram,” katanya. 

Pemilikan haiwan liar itu adalah salah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar Tahun 2010 dan boleh didakwa di bawah Seksyen 60(a) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment