My Add

Sunday 26 February 2012

Agenda Islam: Pekida sokong perjuangan Hasan Ali, Jati

KUANTAN, SABTU, 25 Februari, 2012: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan menyokong perjuangan yang dibawa Jati, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan bekas anggota Pas, Datuk Dr Hasan Ali, baru-baru ini.

Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata, ini kerana konsep yang diperjuangkan Jati adalah selari dengan Pekida iaitu menjaga dan mempertahankan agenda umat Islam serta Melayu di negara ini.

"Kita berharap Hasan (Ali) akan meneruskan perjuangan beliau dan Jati, dan kita dengan perjuangan kita bersama Pekida.

"Di samping itu, kita juga bersedia mengadakan perbincangan bersama NGO lain jika ada aktiviti yang selaras dengan prinsip perjuangan kita, iaitu meningkatkan perpaduan umat Islam di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pekida Pahang hari ini.

Selasa lepas, Hasan, bekas Exco Selangor, menubuhkan Jati yang bertujuan mempertahankan agenda Islam, Melayu dan kedaulatan raja bersesuaian keadaan semasa yang menyaksikan orang Melayu semakin berpecah belah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment