My Add

Monday 20 February 2012

Anwar pasti tidak akan saman WSJ

KUALA LUMPUR, AHAD, 19 FebRUARI, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini tidak akan mengemukakan saman terhadap The Wall Street Journal (WSJ) walaupun mendakwa media itu telah menyiarkan jawapan berbeza berhubung kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, dakwaan Anwar itu memang sudah diduga selepas taktik menyalahkan media tempatan memutar belit laporan WSJ gagal meyakinkan rakyat dan rakan dalam pakatan pembangkang.

"Jika betul, kenapa takut untuk saman WSJ seperti yang biasa dilakukannya kepada media-media tempatan khususnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Anwar tidak akan menyaman media itu (WSJ) kerana semua jawapan tersebut memang keluar dari mulutnya sendiri, tetapi kerana sudah tersepit terpaksalah dia menuduh WSJ melaporkan kenyataan yang berbeza," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa jawapannya kepada WSJ mengenai isu menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan Israel adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

Anwar dalam temu bual dengan WSJ baru-baru ini dilaporkan berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pas seterusnya mendedak Anwar menarik balik kenyataan itu atau menyaman WSJ jika kenyataan itu diputar belit oleh media berkenaan.

Tambah Zahid, Anwar sepatutnya segera menyaman WSJ kerana gagal menyiarkan kenyataan sebenar, malah memutarkan-belitkan jawapan sehingga mencemarkan nama baik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment