My Add

Thursday, 23 February 2012

Baik pulih Seri Cempaka mula 1 Mac

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Kerja-kerja membaik pulih bumbung Blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Cempaka di Lembah Pantai di sini yang diterbangkan ribut baru-baru ini, akan dimulakan pada 1 Mac ini dan dijangka mengambil masa empat minggu untuk disiapkan.

Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, pihaknya sudah membuat tempahan dan bumbung itu dan kini berada pada peringkat fabrikasi di kilang.

Menurutnya, DBKL tidak mengesyorkan bumbung jenis konkrit bertetulang memandangkan ia akan melibatkan beban tambahan (dead load) pada bangunan itu sedangkan ia tidak direka bentuk untuk menampung beban tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, berikutan ketiadaan bumbung, air hujan telah bertakung di tingkat paling atas PPR itu menyebabkan air itu kemudiannya meresap ke dalam lantai dan dinding serta sistem pendawaian elektrik blok berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment