My Add

Friday 3 February 2012

Banduan ikuti program pemulihan tidak ulangi kesalahan

SHAH ALAM, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Lebih 700 banduan yang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan anjuran Jabatan Penjara sejak Mac tahun lalu di lima buah kem tentera didapati tidak melakukan kesalahan berulang selepas dibebaskan dari penjara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, seramai 1,744 orang banduan dipilih mengikuti program itu dengan 665 orang daripada mereka dibebaskan sepenuhnya, manakala 116 orang lagi dibebaskan mengikut sistem parol.

Beliau berkata, menerusi program itu, kesemua banduan terbabit menjalani persediaan dari segi fizikal dan mental selain latihan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran apabila kembali ke dunia luar.

"Latihan kemahiran termasuk secara bersijil turut diberikan dengan kerjasama dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan pihak swasta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Seman berkata, kesemua banduan itu ditempatkan di Kem Mahkota, Johor; Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan; Kem Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah; Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan Kem Batu 10, Pahang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment