My Add

Friday 3 February 2012

Operasi kesan 1.3j PATI tak mendaftar 6P pertengahan Feb

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Febuari, 2012: Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta pendatang asing tanpa izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.

Operasi itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, operasi itu antara lain melibatkan 1,400 anggota penguat kuasa imigresen dan 2.8 juta anggota Rela.

"Operasi ini akan diadakan selepas tamatnya proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) pada 15 Februari ini,” katanya di sini hari ini.

Sehingga kini, seramai 370,000 PATI telah mendaftar menerusi program 6P setakat ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment